URAL,Russia:_3 orang rakyat Russia di bandar Chelyabinsk telah dituduh merancang serangan pengganas dan dituduh menjadi ahli kepada gerakan pengganas Hizb Ut-Tahrir al-Islami. Hizb ut tahrir al-Islami merupakan gerakan pengganas bersandarkan bilangannya di Timur Tengah dan sekitar Russia.

Berdasarkan pengeledahan di rumah-rumah tertuduh, polis telah menemui 9 granit, buku-buku extremis dan gambar-gambar penting objek awam dan penubuhan negara di bandar tersebut. Menurut polis, dengan mengedarkan karangan-karangan extremis tersebut, tertuduh mencuba untuk menarik orang tempatan untuk menekan sistem politik dan sistem negara yang ada pada hari ini.

Sumber - chelyabinsk.rfn.ru

Komen:

Berita yang dilaporkan oleh media Russia ini tidaklah boleh diterima 100% kerana tidak semua kenyataannya adalah benar. Hizbut Tahrir sama sekali tidak menggunakan kaedah keganasan dalam mengembalikan Khilafah. Sebaliknya Hizbut Tahrir bergerak secara intelektual dan politik. Tindakan pihak polis yang mengaitkan HT dengan keganasan hanyalah satu lagi agenda pihak barat untuk menghalang kebangkitan umat Islam.

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan hari ini, idea mengembalikan sistem Khilafah telah kedengaran di seluruh pelosok dunia dan sehingga di Russia juga telah berputiknya syabab (pemuda) yang berusaha untuk mengembalikan Islam. Dahulunya Russia terkenal dengan idea sosialisme nye,kini ideologi tersebut telah terhakis dan yang ada hari ini adalah ideologi kapitalisme.

Post a Comment

Previous Post Next Post