Saturday, February 14, 2009

Economist, Newsweek...all magazines discuss about OBAMA and economy recession..!!


Assalamualaikum wbt..

Today the hottest topic to be discussed is about world economy. Yet no one can come with ideally solution to this problem. With current oil price is not overwhelming the economy analyst even though its is not too bad.

Just now, I was watching AWANI tv one of astro channel that I subscribe per month told that American Senate government already aggree on $787 billion to be feed in to energise American financial crisis. The word threating with depression cause some of major Japan carmaker company restructuring their company by shed some staffs.

A lot more troublesome created by the current ideology adopted by every country called Capitalisme beside economy recession. Until now, if we still believe on this idelogy,we wouldn't able to hide or run from economy depression. This system of economy was created by human and of course there are a lot of error.

To totally out of this crisis is by implementing Islamic System of economy. Islam bring the best system to human kind, this system from ALLAH (the mighty and the powerful) to us. Allah know better than us cz Allah created us. By return to Islam,for sure the depression that we had can be heal and be better and will be bringing the peaceful to human kind.

I'm urged you all as human or Muslim, to know and believe on what Allah ayat. Seek guidance from Al-Quran and As-Sunnah, we will learnt the truth method of organised ourselves in Allah creation (Earth).

iskandar@MIRI

Friday, February 13, 2009

NEGERI tempat Kelahiranku..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian...
JANJI ALLAH AKAN MEMENANGKAN MUHAMMAD S.A.W. ATAS KAUMNYA

85. Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Quran, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: "Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata."

Hampir seminggu ini tidak dapat menulis mahupun mengupdate blog teman ini, insyallah diberikan peluang dan masa oleh Allah swt, sudah pasti kiranya untuk teman mengupdate berita-berita terbaru mahupun pendapat-pendapat untuk dikongsi bersama.

Sekian kalinya, minggu ini diberi kesempatan untuk turun ke laut lagi bagi melihat sedikit kerja-kerja penyelenggaraan turbine engine. Peluang itu digunakan untuk mengasah pengetahuan dalam bidang kejuruteraan, manalah tahu suatu hari nanti menjadi jurutera ketenteraan Khilafah Islamiyyah, pasti ia amat bermanfaat. Mana tidaknya kaum kuffar hari ini senantiasa mengemaskini kelengkapan ketenteraan mereka hari demi hari, dan yang menjadi medan pengujiaan alat kententeraan mereka adalah ke atas umat Islam sendiri.

Sebagaimana perintah Allah swt dalam Al-Quran yang berbunyi dlm Al-Anfaal ayat 60:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya;

Allah memerintahkan kaum muslimin malahan mewajibkan kita untuk mempersiapkan secanggih mungkin alat ketenteraan untuk mengerunkan musuh. Lihat sahajalah setelah IRAN melancarkan satelit menggunakan roket yg dinamakan SAFIR 2,sudah cukup mengerunkan kaum kuffar terutamanya Amerika Syarikat yang menjadi pemerhati terdekat ke atas tindak tanduk Iran.

Safir 2 dilepaskan bersempena sambutan ke-30 revolusioner Islam di Iran. Begitulah peri pentingnya agar umat Islam senantiasa menjadikan petunjuk Al-Quran sebelum melakukan sebarang tindakan.

Berbalik kepada tajuk, itulah juga yang berlaku ke atas tempat kelahiranku,yang agak berserabut dengan peristiwa BN berjaya menawan kembali Perak. Pertelingkahan di antara dua pihak yang sorang biru dan sorang hijau,biru muda dan merah. Paling menyedihkan pertelingkahan di antara umat Islam yang mengucapkan kalimah syahadah lailahaillallah..Yang seharusnya saling bekerjasama untuk mengembalikan Islam.

Yang menjadi perhatian juga, pelbagai cerita mahupun school of though yang dikeluarkan mahupun dipaparkan di dalam media-media masa mahupun blogger sekalian. Sultan juga turut dikaitkan agar cerita menjadi lebih realistik dan menguja untuk dibaca oleh pengikut-pengikut atau pemerhati politik semasa Malaysia.

Manakala,yang sudah bosan dengan politik hari ini mula mendabik dada dengan mengatakan "Apa la nak jadi dengan Malaysia ni!"
"Aku dah bosan dan serabut dengan politik Malaysia hari ini !"
"Malas nak sembang mahupun ikut dah kancah politik Malaysia yang senantiasa maki memaki sesama sendiri !"

Begitulah plot-plot dialog yang dikeluarkan bagi mereka yang telah berputus asa dengan kancah poitlik hari ini. Namun buat mereka, politik (siyasah) yang diertikan oleh Islam tidak la sebusuk atau sehina malah lebih terpuji dan diredhai oleh Allah swt. Siyasah Islam adalah mengambil tahu urusan umat dlm kontek individu,masyarakat dan negara. Bagi seorang yang individu yang mempunyai siyasah Islam,dia tidak akn duduk diam,menidorkan diri mahupu membuang masa. Sebaliknya individu itu adalah orang yang senantiasa berdakwah kepada sahabat dan kepada seluruh umat Islam khususnya untuk kembalik kepada perintah Allah swt dan mengembalikan institusi yang dapat melaksanakan hukum Islam.

Masyarakat yang mempunyai siyasah Islam umumnya adalah mereka yang senantiasa melakukan amar ma'ruf nahi munkar di dalam masy. Mengajak orang untuk kembali kepada perintah Allah dan senantiasa memuhasabah masyarakat yang lain untuk senantiasa mengikut perintah Allah. Sebaliknya sebuah negara yang berpaksikan siyasah Islam, akan melaksanakan pengaturan masy mengikut Al-Quran dan As-Sunnah dan mereka yang menyebarkan Islam ke seluruh dunia sebagaimana yang telah dilakukan oleh Muhammad saw yang tidak jemu2 untuk mengembangkan Islam.

Moga apa yang berlaku diPerak memberi satu kesedaran kedapa mereka yang senantiasa berharap terhadap sistem melainkan Islam. Jelaslah menggunakan sesuatu yang bukan datang dari Islam tidak dapat memberikan kebaikan kepada Islam namun akan terus menyimpang kita dari jalan Allah yang lurus.

sekian..iskandar@miri

Friday, February 6, 2009

Relevan lagikah institusi BERAJA !!

Assalamualaikum...

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukunegara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

sumber:http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019254&Itemid=85

Mengapa perlu mendukung prinsip keluhuran perlembagaan yang menyatakan kebebesan untuk menganut apa-apa selepas umur 18 tahun. Yang direka dan digubal oleh pihak penjajah kafir???Mengapa meletakkan kedaulatan undang-undang? Dan nya meletakkan kedaulatan hukum syarak?FIkirkanlah sejenak?

Peristiwa demostrasi oleh team Pakatan Rakyat semalam di Kuala Kangsar mengingatkan aku ttg peristiwa yang sama juga berlaku di Terengganu yang mana demostrasi yang membawa tulisan "natang". Sebenarnya apa yang berlaku hari ini,akan datang tidak jauh apabila kita berpolitik dengan sikap berkepentingan atau menggunakkan sesuatu atas manfaat. Inilah yang berlaku, method politik yang celaru dan tidak menentu. Seringkali kedengaran bahawa mereka tidak pernah menerima demokrasi, ttpi atas landasan maslahat utk Islam. Namun Islam sama sekali mengharamkan kita untuk mengguna sesuatu yang bukan dari Islam walaupun untuk kebaikan Islam. Di analogikan menggunakan kaedah mencuri untuk memberi makanan kepada anak-anak walaupun dia mampu bekerja.

Samalah dengan peristiwa yang berlaku di Malaysia hari ini. Apabila manfaat pihak tersebut itu diganggu, maka Sultan atau institusi beraja tersebut ditentang. Namun sebaliknya andai menyebelahi mereka, maka mereka akan menghaburkan sokongan dan pujian kepada Sultan mahupun raja tersebut. Penulis menyeru sahabat-sahabat seperjuangan Islam, tinggalkan method demokrasi dalam memperjuangkan Islam, jauhkanlah berpolitik berkepentingan kerana natijahnya terhadap orang Islam juga pandangan kafir terhadap Islam.

UMNO menggunakan sistem demokrasi yang pasti tidak Islami dan pastinya akan memihak kepada mereka yang tidak pernah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan ini pastinya bertepatan dengan akar umbi sistem demokrasi itu sendiri. Namun, kalian pejuang-pejuang Islam yang senantiasa merujuk Al-Quran dan As-Sunnah, maka sepatutnya kalian sedar bahawa ada satu thariqah (method) yang lebih daripada kalian menyertai sistem yang bukannya dari Islam itu.

Ayuh sama-samalah kita bersatu memperjuangkan dakwah pemikiran tanpa kekerasan,menyedarkan dan menjernihkan pemikiran umat Islam seterusnya mengembalikan Islam dalam bentuk negara yakni Khilafah. Sekirannya kalian terus menerus mempergunakan sistem demokrasi ini, kalian bukan sahaja kecewa di Perak, malahan kalian akan terus dikecewakan untuk masa akan datang. Tidak kah kalian bermuhasabah, mengapa semua itu berlaku? Pastinya ada yang tidak kena?

Sekian..Wasalam

Wednesday, February 4, 2009

Perak bakal jatuh ke tangan BN?

Assalamualaikum...

Malam ini tepat jam 730mlm aku menonton rancangan tv Astro Awani, sejak kebelakangan ini kecoh ttg 2 org calon PKR yang menghilangkan diri dan seterusnya hari ini muncul masuk parti UMNO. Perkara ini mmg tiada satu pun mengejutkan malahan tidak di herankan berkenaan seorang calon UMNO yang awalnya masuk PKR kemudian beralih arah masuk kembali UMNO setelah 11 hari memasuki PKR.

Begitulah dia politik biasa yang diamalkan dalam sistem demokrasi hari ini. Seseorang itu tidak mustahil untuk melompat-lompa parti sesuka hatinya sahaja. Beberapa perkara yang boleh menjadi arah pemikiran kita hari ini, bukan hanya melihat dari aspek adakah boleh atau tidak melompat parti? Mengapa melompat parti? Mengapakah mereka sanggup berbuat demikian? Berapa aspek yang aku mampu lihat adalah seperti berikut:

1. Dasar sistem pemerintahan hari ini adalah berlandaskan sistem demokrasi sekularisme.Yang mana masyarakat dan pemimpin telah dididik dan dibentuk mengamalkan satu permainan politik berkepentingan peribadi/periuk nasi sendiri. Tiada lagi soal menjaga masyarakat ataupun menjaga kepentingan masyarakat. Yg mereka tahu kepentingan peribadi dan juga kroni.

2. Sistem pemerintahan yang kita ada hari ini adalah warisan daripada penjajah yang sama sekali tidak berlandaskan AL-Quran mahupun sunnah. Jadi mengapakah kita masih terus memberi harapan demi harapan untuk memenangkan Islam dalam satu permainan yang penuh "gamble" ini? Yang pastinya, melalui satu thariqah (method) yang bercanggah dengan Islam pasti tidak memberi keberhasilan yang sepatutnya.

3. Sejauh mana mampu dilakukan pemimpin Islam yang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin berbangsa lain. Pasti tidak sejauh mana pergi kepimimpinan tersebut kerana pemimpin Islam itu juga menjaga kepentingan pakatan tersebut agar terus kukuh dan berjaya memimpin masyarakat dengan penuh keberjayaan.

Sedarlah wahai rakan seperjuangan Islamku, pengharapan dan usaha kita untuk pasti mendapat pengrahmatan dan keredhaan Allah swt. Namun telusurilah jalan dan usaha sebagaimana yang telah Rasulullah lakukan dan janganlah kamu terus memberi pengharapan kepada sistem demokrasi sekularisme ini yang hanya memberi omongan kosong kepadamu. Bahkan mereka yang tidak inginkan Islam akan terus memanipulasi sistem yang sedia kafir ini untuk mencapai matlamat mereka. Samalah kita memperjuangkan jalan Rasulullah menegakkan kembali Khilafah Islamiyyah...ameennnnnnnnnnnnn!!

Google+ Followers