Sunday, November 29, 2009

Menuju Kesempurnaan Diri


Alhamdulillah.....

Raya Idul Adha tahun ini, ana dapat merayakannya bersama ibu tercinta dan adik beradik yang lain. Sudah lama kiranya tidak dapat merayakannya dengan keluarga. Maklum la Hari Raya Aidil adha tidaklah semeriah dan segumbira Hari Raya AIdilfitri. Namun ia merupakan perayaan yang telah dikhaskan oleh Allah utk umatnya. Kegembiraan yang Dia berikan kepada makhluknya yang menunaikan ibadah Haji. Malahan bagi si miskin mahupun yang kurang bernasib baik, ketika atau masa inilah mereka dapat menjamu selera dengan daging lembu, kambing mahupun kerbau. Inilah dia keberkatan Hari Raya Korban, masing2 bersatu dalam menyempurnakan ibadah korbah.

Ada yang menjadi menyembelih, ada yang menjadi ahli team lapah dan ada yang jadi team memasak utk dijamu kepada ahli Qariah. Biar apapun tangungjawab yang anta pegang, insyallah ianya akan dibalas oleh Allah swt kelak di syurga.

Menunaikan Haji merupakn ibadah tercatat dalam Rukun Islam. Namun sering kali disalah ertikan oleh masyarakat bahawa Haji ibarat menuju kepada puncak tertinggi dalam Islam. Sedangkan haji merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam setelah mencapai syarat2 seperti berkemampuan dan sihat tubuh badan.

Kita seharusnya sedar, setelah menunaikan ibadah Haji di Makkah kelak, masih banyak tangungjawab Islam malahan wajib kita laksanakan. Usaha utk mengembalikan Khilafah Islamiyyah merupakan tanggugjawab yang sewajibnya kita tidak tinggalkan. Sebaliknya selepas pulang dari Makkah, kita telah dapat melihat sendiri tinggalan sejarah yang menunjukkan kegemilangan Makkah dibawah kekuasaan Islam. Selain itu, kita dapat perhatikan tempat2 yang telah dinukilkan dalam sirah Rasulullah seperti bukit uhud, Daulah Islam pertama di Madinah, masjid yang pertama didirikan dan merangkap pusat pemerintahan Daulah Islam, tempat perjanjian baitul aqabah dan baia'tul ridwan.

Segalanya tinggalan sejarah itu bukannya sekadar informasi yang patut lihat semata-mata, sebaliknya perlu direalisasikan dengan usaha dakwah sebagaimana yang telah Rasulullah tunjukkan.

Tiada kemuliaan tanpa Islam, Tiada Islam tanpa Syariat, Tiada Syariat tanpa Khilafah.

Saturday, November 14, 2009

Tembok Berlin Runtuh: Lari Dari Mulut Harimau Masuk Mulut Singa

Upacara peringati Tembok Berlin runtuh

BERLIN 8 Nov. - Domino gergasi berwarna-warni yang dicat oleh pelajar-pelajar Jerman, disusun di sepanjang bekas tapak Tembok Berlin bagi memperingati ulang tahun ke-20 runtuhnya tembok yang memisahkan bandar itu selama hampir tiga dekad. Kebanyakan domino setinggi 2.3 meter yang diperbuat daripada plastik itu membawa pelbagai mesej seperti 'Kami adalah rakyat yang sama'. Kira-kira 1,000 domino sepanjang 1.5 kilometer akan ditumbangkan esok dalam sebahagian daripada perayaan runtuhnya tembok tersebut.

Salah satu daripada domino itu dilabelkan 'jantung berdarah' dengan gambar pedang menembusi bandar Berlin, menyebabkan aliran darah yang penuh dengan salib. "Semua orang mempunyai tembok dalam fikiran masing-masing. Adalah baik untuk meruntuhkannya dan saya rasa ia adalah simbol yang bagus," kata seorang penduduk Berlin, Stefan Schueler ketika melihat sendiri barisan domino tersebut. Bekas pemimpin Poland, Lech Walesa yang mana pergerakan prodemokrasi Solidarity pimpinan beliau memainkan peranan penting dalam menamatkan komunisme Eropah Timur, akan menjatuhkan domino pertama esok dalam persembahan artistik sepanjang 1.5 kilometer itu. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton; Perdana Menteri Britain, Gordon Brown; Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Rusia, Dimitry Medvedev juga dijangka hadir esok dalam upacara rasmi pembukaan tembok itu pada 9 November 1989. "Kejatuhan Tembok Berlin adalah acara yang sangat bersejarah, dan saya fikir kebanyakan penduduk Berlin sangat berterima kasih kepada mereka yang merealisasikannya," kata seorang lagi penduduk Berlin, Guenter Nowak sambil berdiri di sebelah salah satu domino. – AP

Sumber: Utusan Malaysia 09/11/09

Itulah ibarat dari apa yang berlaku dengan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman. Ia merupakan tanda bahawa ideologi Komunis telah hancur dan diganti dengan ideologi Kapitalisme. Jika kita meneliti kedua-dua ideologi ini maka kita akan mendapati bahawa kedua-duanya mempunyai persamaan yang cukup ketara. Kedua-duanya adalah ideologi yang dihasilkan oleh akal manusia yang bersifat mahkluk, terbatas dan saling bergantung kepada yang lain. Yang pastinya juga, kedua-dua ideologi ini adalah ideologi yang tidak sesuai dengan fitrah manusia dan tidak akan mampu memuaskan akal walau se’genius’ mana sekalipun manusia yang melahirkan ideologi tersebut. Mengapa wajar dikatakan bahawa kedua-dua ideologi ini batil dan salah? Ini adalah kerana faktanya, Komunisme adalah ideologi yang menafikan kewujudan Pencipta manakala Kapitalisme adalah ideologi yang menghadkan kuasa Pencipta. Secara rasionalnya kewujudan Pencipta itu adalah suatu yang PASTI dan kekuasaanNya tidak boleh dibatasi dari aspek apa sekalipun. Jelas, kedua-dua ideologi ini tidak berpijak pada asas yang rasional.

Dunia dapat melihat keburukan dan kerosakan yang pernah dibawa oleh Komunisme dan kini dunia juga tidak dapat memyembunyikan kebusukan dan kehancuran yang sedang dipaparkan oleh Kapitalisme. Kini hanya Islamlah satu-satunya ideologi yang mampu membawa kesejahteraan dan penyelesaian kepada seluruh masalah yang melanda dunia saat ini. Ini kerana telah terbukti dalam sejarah kegemilangannya, Islam yang pernah memayungi kehidupan dunia selama 1400 tahun telah membawa rahmat ke sekelian alam, tidak sebagaimana kedua-dua ideologi di atas yang hanya me”makmurkan” segolongan kelompok manusia sahaja dan menzalimi yang lain. Firman Allah SWt: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”. [TMQ al-Anbiyaa’ (21) : 107]. Memerhatikan keadaan dunia yang semakin parah dengan pelbagai kerosakan dan kehancuran, sudah tiba saatnya untuk Islam memimpin dunia melalui Khilafah yang akan melangsungkan kembali kehidupan Islam dan mengembangkannya ke seluruh alam dengan dakwah dan jihad.

Monday, November 2, 2009

Bajet Sang Kapitalis

Assalamualaikum buat pembaca yang budiman...

Inilah tajuk risalah Suara Kebangkitan yang kini telah mula disebarkan di kepulauan borneo. Insyallah bagi mereka yang berada di kepulauan Borneo, anda boleh memperolehi risalah suara kebangkitan di masjid2 utama di Kuching,Miri,Kota Kinabalu dan juga Sandakan. Pejuang-pejuang Islam yang berusaha untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ada di bandar-bandar utama tersebut,insyallah bagi mereka yang berminat untuk sama2 berusaha untuk meletakkan Hukum Syariat Islam sebagai pengatur urusan umat boleh mencari atau bertemu pemuda pejuang Khilafah di masjid2 samada di KK,Kuching,Miri mahupun Sandakan.

Insyallah, keperihatinan anda utk Islam akan kami tunjukkan dengan fikrah dan thariqah pejuangan Rasulullah saw. Yang pasti bukannya menggunakan DEMOKRASI yang dicipta oleh manusia (org Barat) untuk mengatur urusan manusia dan telah terbukti sistem ini gagal untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada segenap lapisan masyarakat dunia. Ia bahkan menyeksa segelintir golongan dan menperkayakan golongan tertentu.

Bersama membangun pemikiran Islam yang syumul...Allahuakbar !!

KUCHING


MIRI
Kota Kinabalu
Sandakan

Google+ Followers