Alhamdulillah...usaha teman kali ini untuk menanwan puncak gunung kinabalu membuahkan hasil. Biarpun sedikit kesukaran dihadapai namun akhirnya dengan izin Allah beroleh kejayaan. Namun yang paling memanjatkan kesyukuran Allah adalah makbulnya doa kami agar pagi di mana kami bergerak ke atas akan memberi cuaca yang baik setelah hampir seminggu dimaklumkan porter, hujan dan cuaca tidak menentu. Kami amat bertuah kerana pada hari pendakian ke Low's peak the highest peak dalam cuaca yang baik malahan sepanjang perjalanan turun ke kaki gunung,sekali lagi Allah memberikan cuaca yang baik.
Paling mensayukan hati teman adalah keindahan ciptaan Allah swt yang tidak terhingga, yg membuatkan diri yang kerdil ini menginsafi diri. Kebesaran Allah dalam perciptaan alam ini tiada tandingannya malahan membuatkan kita sedar betapa Allah telah membuktikan kebesaran-Nya, dan kitalah perlu berfikir dan memuhasabah diri betapa berkuasan-Nya Allah. Renungilah gambar yang teman ambil ketika berada di puncak gunung kinabalu, betapa indahnya....

dan gunung-gunung sebagai pasak?- An-Naba' (7)
Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan?-Al-Ghaasyiyah (19)
Marilah kita berzikir kepada-Nya dan berselawat ke atas Nabi junjungannya...
Amin...