Tuesday, August 31, 2010

Lailatul Qadar....keajaiban berlaku??

Assalamuailaikum...

Pejam celik..pejam celik..kita sudah pun berada di penghujung bulan yang penuh keberkatan dan rahmat yakni Ramadhan Al-Mubarak. Namun sepanjang bulan Ramadhan bulan ini, adakah ia lebih baik berbanding Ramadhan tahun lepas?

1. Sudah berapa kali kita khatam Al-Quran, 1,2,3?

2. Sudahkan kita membayar zakat fitrah atau masih bz dengan aktiviti harian sehingga tidak mengizinkan kita untuk menunaikannya?

3. Adakah dimalam terakhir ini kita lebih disibukkan dengan shopping?

4. Perasankah kita tetamu Allah dimasjid kian merosot kehadirannya?

Andai difikirkan, banyak sekali persoalan yang boleh diajukan kepada kita. Betapa jauhnya kita dari segi ibadat berbanding sahabat-sahabat Rasulullah yang telah dijanjikan syurga. Heran juga, bagaimana insan seperti kita yang tidak dijanjikan syurga,namun ibadat dan dekatnya kita dengan Allah tidak sebanyak mana....menginsafi diri. Ramadhanlah menjadi khemah ibadat kita untuk mendidik diri agar ringan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam sibuk kita menunaikan ibadah sunnah seperti solat terawih, solat taubat dan tahajjud. Marilah kita merenung tanggungjawab utama kita untuk mengembalikan Islam di bumi Allah ini dan menjadi KEWAJIPAN bagi seluruh umat Islam. Maka,dalam mengejar malam yang dijanjikan Allah dengan penuh barakah ini..marilah kita mempergiatkan usaha kita dalam merencana kebangkitan Islam dan berdoa kepada-Nya agar usaha kita mendapat keredhaanya. 

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Ayuh dipenghujung bulan Ramadhan ini, kita pergiatkan usaha dakwah dalam menyampaikan Islam. Janganlah kita menjadi insan yang hanya berdiam diri dan mengharapkan dipertemukan dengan keajaiban-keajaiban. Memang benar, kuasa Allah tiada tandingannya namun perkara yang lebih utama disini agar kita tidak ketinggalan untuk mempertingkatkan ibadat untuk kesepuluh malam terakhir Ramadhan dan berdoa kepada-Nya moga Ramadhan tahun ini merupakan Ramadhan terakhir tanpa penjaga umat Islam yakni KHILAFAH.

Hanya dengan Khilafahlah krisis kemanusiaan di Pakistan dapat ditangani dengan penuh efisien dan bukannya seperti apa yang berlaku sekarang. Khilafah akan memastikan seluruh umat Islam hidup dengan penuh kesenangan dan keberkatan. Ayuh kita merdekan 1.5 billion umat Islam daripada ideologi kapitalisme dan terapkan ideologi Islam. Hanya dengan Islam, seluruh umat manusia dapat hidup penuh aman dan makmur.

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Akhir kalam, moga kita dipertemukan dengan lailatul Qadar. Amin. 

Friday, August 27, 2010

Ramadhan Bulan Yang Penuh Keberkatan dan Rahmat
Assalamuaikum...

     Setelah sekian lama tidak mengemaskini blog Nizhamul Islam ini, hati ini terdetik untuk menulis serba sedikit pengisian bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk tahun 2010 ini. Sebagaimana tahun 2009, tahun ini teman masih lagi menyambut Ramadhan di Miri, Sarawak. Berada diperantauan memang banyak mengajar serta mendidik agar menjadi seorang muslim yang terbaik. Yang menariknya di Miri ini, sudah pastinya kuih-muihnya tidaklah sama seperti mana yang kita temui atau jumpa di PARAM (istilah orang Johor untuk Pasar Ramadhan). Kuih-muih disini mempunyai keunikannya yang tersendiri dari segi rupa mahupun rasa.

       Tahun ini juga buat pertama kalinya, teman berpuasa bersama isteri yang tercinta di Miri dan alhamdulillah bersama di Miri selama sebulan. Isteri teman pertama kali menjejak kaki ke bumi Miri (Oil Town) dan memberi satu pengalaman baru buatnya. Setelah hampir 2 minggu kita berpuasa, menu yang menjadi idamannya di Sarawak adalah Laksa Sarawak.....uhhhmmmmm sedapnya. Pada mulanya agak sangsi dengan rasanya, namun setelah merasai untuk kali pertama terus jatuh cinta. Inilah penangan Laksa Sarawak.

Laksa Sarawak
     Oleh itu, bagi teman-teman di semanjunag yang belum pernah merasai penangan Laksa Sarawak, ayuh melancong ke Sarawak bagi merasa keenakkannya. Insyallah..bakal jatuh hati dengannya...hehehe. Namun, setelah masuk hari ke-18 berpuasa ini, gerai-gerai jualan juadah berbuka berpuasa semakin berkurangan. Sebaliknya digantikan dengan gerai-gerai yang menjual barangan Hari Raya termasuklah biskut atau kek raya. Anda pasti tahu di Sarawak terkenal dengan Kek Lapisnya, teman terpukau dengan variasi jenis dan bentuk kek lapis yang terdapat di pasar Ramadhan itu dengan pelbagai nama seperti masam-masam manis, cheese, blueberrry,pokadot, batik dan pelbagai lagi. Begitu kreatif orang sarawak dalam mempelbagaikan bentuk kek lapis ini.
Kek Lapis Sarawak
      Akhir kalam...teman mendoakan agar kita terus mengandakan ibadah kita di 10 terakhir bulan Ramadhan ini. Berusahalah agar Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya dan kita terus istiqamah untuk bulan-bulan yang mendatang. Pertarbiyahan Ramadhan merupakan satu momentum untuk kita bertambah bersemangat. Moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terakhir tanpa KHILAFAH. Teman doakan Khilafah akan kembali dan menjadi pelindung buat seluruh umat Islam. Amin.....

Monday, August 23, 2010

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamuailaikum...

Alhamdulillah...seluruh umat Islam di dunia kini sedang menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Di bulan inilah kita dapat rasai seluruh umat Islam berkejar-kejar untuk menunaikan ibadah wajib mahupun sunat. Namun, peristiwa tahunan dibulan yang mulia ini seakan tidak pernah berakhir dimana diawal Ramadhan, kita perhatikan surau2 dan masjid2 penuh dengan jemaah untuk menunaikan solat terawih. Namun semakin hari, jumlah jemaah akan sedikit berkurangan dan yang dapat diperhatikan setelah 8 rakaat, tinggal beberapa saf sahaja. Persoalannya, ke manakah jemaah2 ini pergi?

Wahai Kaum Muslimin,












Disinilah perlunya pemahan yang jelas soal ibadah sunat yakni solat terawih ini. Benar, ia merupakan tuntutan yang mulia utk dilaksanakan kerana solat terawih hanya ada dibulan Ramadhan dan kita tidak dapat menunaikannya di dalam bulan2 Islam yang lain. Kewajipan terbesar umat Islam selain ibadah sunat ini adalah untuk berdakwah menyebarkan Islam kepada umat Islam dan menyampaikan penyelesaian umat Islam hari ini hanyalah dengan KHILAFAH.

Di zaman Rasulullah SAW, umat Islam berperang bersama Rasulullah dalam Perang Badar dan ini menunjukkan bahawa bulan Ramadhan bukanlah satu alasan untuk kita tidak berbuat apa2 dalam erti kata berjuang dan berdakwah untuk Islam. Ayuh...gerakkan seluruh tenaga anda untuk menyampaikan Islam dan menyedarkan umat Islam tentang kerosakn sistem yang mengatur kehidupan kita hari ini terutamanya di Malaysia.
Contoh yang terdekat adalah Pakistan, bukti pemimpin2 yang membelot umat Islam. Dalam satu penjuru, pemimpin Pakistan dapat menghantar beribu-ribu tentera untuk membantu Amerika dalam menyerang umat Islam dinegaranya sendiri, namun dipenjuru lain, meraka tidak dapat menghantar jumlah askar yang sama untuk membantu mangsa banjir yang terbesar dalam sejarah Pakistan. Banjir ini dilaporkan lebih teruk daripada peristiwa tsunami yang pernah mengegarkan dunia.

Ayuh... teman2 semuslim panjatkanlah doa utk saudara-saudara Islam kita di Pakistan agar mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian Allah swt. Dan kita berdoa agar KHALIFAH segera kembali untuk menjadi pelindung umat Islam ini.

"Imam adalah ibarat perisai, dimana ketika peperangan merekalah yang didepan menjadi pelindung bagi umat Islam"

Wassalam

Google+ Followers