Assalamualaikum,
Berikut adalah gambar yang diambil sepanjang kutipan derma dan barangan untuk mangsa banjir pantai timur 2014 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia di Khilafah Centre Bangi seksyen 7. Alhamdulillah sambutan yang baik di kalangan penduduk disekitar dan banyak sekali sumbangan yang diterima. Moga mereka yang sudi menderma untuk meringankan beban mangsa banjir itu akan mendapat redha Allah s.w.t. Sebagaimana firman Allah s.w.t berkenaan bantuan amal:
Al-Maidah ayat 2
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Wasalam.

Post a Comment

Previous Post Next Post