Saturday, May 14, 2016

Travelog Korea 5:Tips mudah untuk memohon VISA Korea

Assalamualaikum,


Kedutaan Korea di Malaysia.


Entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit keperluan-keperluan bagi mereka yang ingin memohon VISA entri ke Korea Selatan. Bagi saya tidaklah sesusah mana sekiranya segala dokumen anda telah sediakan terlebih dahulu. Dan untuk permohonan selepas March 2016, ada syarat terbaru untuk memohon VISA Korea Selatan yakni anda perlu menjalankan ujian TB, jadi pastikan untuk keperluan tersebut anda boleh rujuk dengan pejabat Kedutaan Korea Selatan dan melakukan sedikit kajian terlebih dahulu. VISA Korea siap dalam tempoh 3 hari, dan sesiapa wakil boleh ambilkan VISA + Passport tersebut dengan syarat membawa resit asal.


Form untuk memohon VISA boleh dirujuk kepada link berikut untuk mendownload borangnya secara percuma:

http://www.mofa.go.kr/english/visa/images/res/visakorean.pdf.
Boleh isikan semua maklumat yang diperlukan termasuk jumlah expenses perjalanan dari Malaysia ke Korea, dan sebagainya.


Jadi dokumen yang diperlukan untuk mereka yang merancang untuk tinggal di Korea lebih dari 90 hari, perlulah memohon VISA. Bagi mereka yang sekadar untuk melancong ke Korea Selatan, perlu diperingatkan bahawa VISA tidak diperlukan, kerana entrance Korea Selatan anda akan diberikan tempoh 90 hari bagi pass pelancong. Jadi tidak perlu khuatari bagi mereka yang ingin melancong ke sini. Saya kongsikan apa yang diperlukan untuk anda memohon visa Korea Selatan adalah seperti berikut dan saya akan ajarkan beberapa step penting untuk kalian lebih memahaminya;


1. Passport yang diperlukan untuk memohon visa (sediakan copy dan original)

2. Surat nikah dalam bahasa inggeris (sediakan copy dan original)

3. Surat beranak anak-anak (sediakan salinan copy dan original)

4. Surat perlantikan/transfer letter bagi pekerja (sediakan salinan copy + original)

5. Slip akuan pekerja dan gaji oleh majikan (sediakan salinan copy dan original)

6. Invitation letter from Korean Company ( Salinan original akan diambil oleh pihak Embassy)

7. Gambar 2 keping setiap orang ( background putih)
8. Bayaran VISA ( dalam tunai sahaja)
9. Salinan Flight Ticket (pastikan salinan yang terdapat nama kesemua penumpang


Surat Nikah dalam Bahasa Inggeris

Untuk rakyat Malaysia, pasti ia akan menimbulkan sedikit permasalahan buat kalian memandangkan kebanyakan surat Nikah di Malaysia berbahasa Melayu samada dalam tulisan rumi mahupun dalam tulisan Jawi. Makanya akan sukar untuk mendapatkan yang dalam bahasa Inggeris. Bagi saya mudah saja, sebab saya bernikah di Perlis.
Apa yang saya lakukan adalah dengan "translate" sendiri sijil nikah dalam tulisan Jawi itu kepada bahasa Inggeris dan mendapatkan akuan pengesahan dari pejabat Pendaftar nikah di Perlis. Saya memberikan softcopy dan mereka mencetak di kertas keras sebagaimana sijil nikah dalam tulisan Jawi, dan di Perlis, adalah PERCUMA!! Siap dalam tempoh sehari, dan saya gunakan sijil nikah itu untuk memohon VISA Korea.

Bagi yang bernikah di Wilayah Persekutuan, saya berpendapat kalian boleh terus pergi ke pejabat pendaftar untuk mendapatkan sijil nikah dalam bahasa Inggeris memandangkan ramai yang perlu utnuk mendapat surat nikah dalam bahasa Inggeris untuk apply VISA mana-mana negara yang memerlukan.


Invitation Letter from Korean Company
Mana-mana syarikat international akan tahu tentang surat ini, memandangkan mereka juga mengambil pekerja dari luar dan pastinya perlu untuk memohon visa bagi pekerja tersebut. Maka ada hanya perlu memohon dari tempat yang ada kerja surat ini untuk memohon VISA. Saya ingatkan dokumen ini hanya sehelai atau 2 helai tetapi rupanya hampir 10 muka surat. Untuk mendapat surat ini, selalunya syarikat tersebut akan meminta dari anda;

1. Salinan Passport ahli keluarga yang ingin dibawa, semua perlu dinyatakan dalam letter of invitation tersebut.

2. Flight details dan termasuk tarikh dan masa perjalanan dari Malaysia ke Korea.

3. Salinan passport + VISA bagi suami yang bekerja di Korea.


Surat Majikan berserta maklumat Gaji dan Jawatan

Ini perlu disediakan dan mendapat tandatangan dari majikan, Boleh berbincang dan mendapatkan kelulusan dari pihak HRM anda untuk mendapatkan surat ni.


Penutup
Saya rasa itu sahaja perkongisaan ringkas dari saya untuk permohonan VISA untuk Korea Selatan, untuk caj satu visa, saya tak berapa ingat tetapi harga sekitar RM 70-80 sahaja untuk tempoh 3 bulan. Dan untuk pengetahuan semua VISA dari kedutaan Malaysia maksimum akan diberikan adalah 3 bulan dan memanjangkan tempoh perlu dilakukan di Korea.

Insyallah saya akan sharingkan pengalaman saya melakukan VISA Extension di Ulsan, South Korea. Ianya sangat mudah dan ringkas , dengan syarat memyediakan semua dokumen-dokumen yang diperlukan. Lokasi kedutaan Korea di Malaysia seperti screenshot berikut;




Alamat Kedutaan Korea di Malaysia;

No. 9 & 11, Jalan Nipah, Off Jalan Ampang, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia

Website: http://mys.mofa.go.kr/english/as/mys/main/

Waktu Pejabat: 08:30~12:00, 13:30~17:00 (waktu cuti adalah sama dengan Malaysia + Korea Public Holiday)


Untuk kaunter yang menguruskan VISA di Kedutaan Malaysia adalah orang Melayu, jadi tidak ada masalah untuk berkomunikasi. Terakhir yang saya pergi adalah seorang Melayu perempuan.


Terima Kasih.

Iskandar Musa.

5 comments:

Zana Shoaibon said...

As salam,sy ingin memohon visa kekorea utk ank sy,ank sy sdh berada d korea skg n sdg bekerja.dia akn balik jun ni ,jd dia bercadang nk buat visa utk terus bekerja disana.sy amat berharap Tuan dpt membantu sy....tlg Tuan reply mesej sy @wasap saya 0187839913.sy amt berhrp bantuan Tuan.Tk

Zana Shoaibon said...

As salam,sy ingin memohon visa kekorea utk ank sy,ank sy sdh berada d korea skg n sdg bekerja.dia akn balik jun ni ,jd dia bercadang nk buat visa utk terus bekerja disana.sy amat berharap Tuan dpt membantu sy....tlg Tuan reply mesej sy @wasap saya 0187839913.sy amt berhrp bantuan Tuan.Tk

Iskandar Musa said...

Sebelum pulang, pastikan mendapat surat invitation letter dari company di Korea itu. Slps tue Process, akan muda di Malaysia, sbb dia dh bekerja disana, kena pastikan ada dokumen:
1. Slip gaji
2. Alamat tempat tinggal
3. TB test

Selain itu mcm artikel sy di atas.

Anonymous said...

Tk Tuan Iskandar utk info tersebut,klu masih bujang perlu ke dokumen utk keluarga @ ada tambahan dokumen

Iskandar Musa said...

kalu masih bujang, ckup sahaja dokumen peribadi seperti passport, laporan tb, surat jemputan kerja, flight ticket kembali ke korea. Insyallah tiada masalah, boleh isi borang terlebih dahulu dn hantar ke kedutaan korea. 3 hari dpt sudah visa.

Google+ Followers