Sunday, November 30, 2008

Cepatnya Masa Berlalu....2008 bakal berlalu pergi..

"Demi Masa, Sesungguhnya Manusia Di dalam Kerugian"

Pendek ttp membawa pengertian yang sunggu bermakna buat kita semua sebagai seorang muslim yang mengucap 2 kalimah syahadah. Mana tidaknya sudah msuk bulan 12 tepat jam 12am mlm ini dimana teman mengukirkan karangan pendek ini. BUkannya bermaksud teman suka mengukur masa dengan tahun masihi,namun sekadar memberikan perbandingan ttg masa berlalu itu tidak akan dapat di ambil atau diputar kembali. Peluang yg diberikan oleh Allah sesaat,seminit,60minit,sejam, 24jam,sehari,seminggu, sebulan,dan setahun. AYuh..jgnlah kita sia-siakan walaupun sesaat. Isikanlah semata-mata kerana Allah taala.

Menyelit sedikit kisah teman di Miri ni. Setiap pagi ketika menunggang moto kapcai teman, teman akan melalui sebuah kawasan yang agak luas. Kawasan tersebut mula dibangunkan dari hari ke sehari...teman melihat pembinaannya begitu pesat sekali. Mana tidaknya setiap hari teman melalui pergi dan pulang dari pejabat,pasti akan dapat melihat kepada perubahan projek tersebut..dari hanya membina tapak..kini telah menuju ke atas sekitar 2 tingkat..begitu laju dan effisien sekali projek tersbut. Dan hari ni telah dipasang air-cond utknya..

Bangunan yang teman maksudkan tersebut adalah pembinaan sebuah gereja sekitar miri ini, kalau teman-teman nak tahu disini gereja lebih banyak berbanding surau mahupun masjid, cuma teman tidak berkesempatan untuk mengcapture gambar pembinaan tersebut. Begitu cepat dan penggunanaan masa yang begitu optimum utk menyiapkannya. Bolehkan kita katakan apabila kita mempunyai matlamat yang jelas samada baik atau jahat,pasti kita akan berusaha bersungguh-sungguh mahupun bekerja dgn penuh effiesien ukt mncapainya.

Itulah kita sebagai seorang Islam,perlu jelas akan kehidupan sementara di muka bumi Allah ini dan akan dihitung setiap amalan dan perbuatan yang kita lakukan di muka bumi ALlah ini. Andai kita jelas akan kenapa kita berada dimuka bumi Allah ni,pasti kita tidak akan duduk bereha-rehat di kedai kopi mahupun membuang masa menonton tv rancangan yg tidak berfaedah ataupun untuk membuat maksiat kepada ALlah swt. Kita akan lebih takut dan taat terhadapt segala perintah dan larangan Allah swt. Oleh itu sahabatku..ayuhlah kita beruasah untuk menjadi mukmin sejati,mukmin yang mengharamkan apa yang haram dan menghalalkan apa yang halal.Moga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ALlah swt.

Ameen....

Friday, November 21, 2008

GOES 2008


Huh..begitulah keluhan yang dapat ku gambarkan setelah beberapa hari ini disibukkan dgn tugasan berkenaan syposium yg bertajuk GOES yg akan berlangsung pd 24 & 25. Yerla boleh dikatakan ia acara yg besar-besaran buat Petronas terutama bagi PCSB. Seluruh pihak di jemput sama ada dari Uzbekistan, Myanmmar dan juga dari Mauratania..begitulah cabaran yang perlu dihadapi oleh pihak penganjur yakni dalam menyediakan layanan yang "FIrst Class" dan seminimunya adalah memberikan dan mengukirkan senyuman ketikan mengalukan kedatangan mereka.

Namun hamba,hanyalah cebisan kecik shj daripada sejumlah ahli jawatankuasa utk program in yang diangarkan dalam 100 lebih org. Kepenatan dan kepayahan masing 2 dlm mnjayakan program ini mmg benar-benar dihargai oleh semua pihak. Yang balik lewat yang makan tak menentu malahan sanggup mengluarkan duit sendiri. Program ini:

1.Mengeratkan perhubungan di antara staff dan dapat mengenali diantra samu sama lain.
2.Menonjolkan ketokohan dalam diri ketika mengendalikn kerjya yang diberikan dan memberi impak kepada umat Islam.

wslm...hambamu

Thursday, November 20, 2008

TOKOH PEJUANG DARI AL-Azhar

Tokoh pejuang-pejuang Al-Azhar, yg berjuang untuk menegakkan kalimah Lailahaillah di muka bumi Allah ini tanpa mengira jemu dan lelah sehinggalah ke penghujung nyawa mereka.Marilah kita sama-sama mencontohi ulama' ulama' ini yang hidup dan mati semata-mata kerana Islam.ALlahuakbar....

Sunday, November 16, 2008

Kembara Labuan 2008

Alhamdullillah bersyukur ke hadrat ilahi akhirnya teman dapat menjejakkan kaki ke tanah Labuan. Sejak kecik ketika berumur 6 tahun telah bersemangat utk pergi ke sana, ketika itu hanya mendengar cerita dari Mak dan Kakak yang telah sampai ketika teman baru berumur sethun jagung. Kini setelah berada di tanah borneo, maka teman dan rakan2 mengambil kesempatan untuk pergi ke Labuan. Bak kata pepatah, "jauh perjalan, luas juga pengalamannya" dan ia mmg benar sekali kerana byk pengalaman yang begitu berharga yg mahu di kongsi bersama pembaca-pembaca blogger sekalian.

Pertamanya ttg cabaran yg dilalui teman dan rakan dengan menaiki motosikal utk pergi ke Labuan yg mana kami melalui Brunei seblm menaiki Feri ke Labuan. Di kesempatan berada di Brunei kami bergambar bersama telaga-telaga minyak yg kebanyakkanya berada di atas tanah berbanding di Malaysia yg majoriti adalah di Laut dan cuma satu sahaja di atas tanah yakni di Asam Paya,Miri.

Keperitan akibat minyak dikuasai / dimanopoli oleh penguasa, kami sebagai rakyat asing di Brunei hanya dibenarkan utk mengisi di stesen-stesen minyak yg telah ditetapkan dan dgn harga RM 2.80 (setelah tukaran duit RM), sblikny di Mlsia hnya RM 2.15. Begitulah perniagaan harta hak milik umum yg telah ditetapkan oleh Islam yg mana manusia ini berkongsi dalam tiga perkara yakni api (minyak), tanah dan air. Namun harini disebabkan ianya dijadikan perdagangan, maka keperitannya turut dirasai oleh semua agama mahupun bangsa,kerana yang bersama konvoi dengan teman adalah seorang India. DIa juga merasakan keperitan,kerana kami perlu memastikan minyak dlm tangki motor honda kapcai kami berada dlm jumlah yg mncukupi. Krn Kerajaan Brunei tidak membenarkan kami utk mengisi dalam botol atau tong minyak (yg mana kami bertujuan utk langkah berjga-jaga).

Tidak nmpk sebarang relevan larangan tersebut, kalu nk ikutkan nak seludup kalau setakat satu tong kecik dgn harga yg lebih mahal dari tempat sendiri, tak berguna langsung untuk diseludup. Namun itulah hakikatnya hidup dalam nasionalisme (kebangsaaan), kita masing seolah2 bermusuh-musuh, dan tidak heranlah walaupun satu akidah, disebabkan perbezaan negara ,kita akan biarkan saudara semuslim kita mati.

Itulah yang berlaku di Palestin, yang mana penguasa2 Tanah Arab yang seakidah membiarkan rakyat Palestin mati dibantai oleh org Yahudi padahal mereka mempunyai kekuasaan ketenteraan yang kuat di tanah Arab.

Thursday, November 6, 2008

OBAMA Hanyalah Penenerus Ideologi Kapitalis !!

SAlAM~

Terkejut atau mmg sudah dijangka? Atau sudah dirancang? Mnakah yang benar,pastilah sudh dijangka kerana Amerika dilabelkan sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi yang terbaik dan terunggul malahan yang tertua di dunia ini. Ia menjadi model kepada seluruh negara-negara yang ada dimuka bumi ini untuk mencorakkan negara mereka sebagaimana Amerika.

Pelbagai ucapan tahniah dikalungkan kepada Obama daripada tokoh-tokoh dunia termsuklah pemimpin dunia samada muslim atau bkn muslim malahan ucapan dikalungkan oleh seorang tok guru. Wahai rakan Se-Islam, se-AKidah, Se- AL-quran, sedarkah kita akan signifikasinya kemenangan Obama ke atas Islam? Adakah Islam akan diletakkan diatas dgn kemengan Obama? Atau tentera2 yang membunuh umat Islam di Iraq di Afghanistan akan diundurkan?

Berfikirlah sebelum berkata-kata, dan berkatalah hnya bersandarkan kpd AL-Quran dan As-Sunnah. Jgn kita menjadi individu yang hnya mengikut org lain yang mengucapkan tanhiah dan mengatakan "Ya kememngan org kulit hitam menunjukkan demokrasi tulen yg diamalkan". Adakah warna kulit menjadi signifikasi kepada arah tuju seseorang Pemimpin?

Tidak sama sekali, sebaliknya di lihat kepada ideologi apakah yang dia anuti dan dipegang. Kerana ideologi itulah yang menentukan segala arah dan perancangan pemimpin tersebut di masa depan, dan Obama berjaya merealisasikan arah tuju ideologi kapitalisnya dalam bentuk yang menyakinkan dan ideologi ini difahami oleh masyarakat Amerika itu sendiri.

Wahai kaum muslimin,pengatian Bush oleh Obama tidak memberikan signifikasi kepada pengagungan Islam. Sebaliknya penukaran sistem kapitalis ini kepada sistem khilafah larrr yang mampu memberikan kemenangan yang hakiki kepada Islam.

wslm...

Wednesday, November 5, 2008

Meniti Jalan Seorang Profesional

Salam~

Alhamdulillah setelah 16 hari berkursus,kini kembali ke destinasi tempat mencari makan hamba di perantauan. Sekilas berfikir, kursus yang diterima memberikan 1001 pemahaman ttg peri pentingya untuk berfikiran ke depan dan positif demi mencapai kejayaan yang lebih baik. Namun sejauh manakah tugasan kita di muka bumi Allah ini? Adakah kita diciptakan di dunia ini semata-mata untuk meraih kepuasan materialistik semata-mata?? Ataupun kita diciptakan di dunia ini utk meraih sejauh mana keseronokan dan kemewahan.

Hakikatnya, sedarkan kita atau mahukan kita berfikir dan mengejar dunia ini semata- mata utk memenuhi syarat yg telah ditetapkan Islam. Islam menuntut kita utk melakukan yang terbaik semata-mata kerana Allah swt. Sesungguhnya hidup dan matiku hanyalah semata-mata kerana Allah taala. Lantaran itu, utamkan perintah Allah berbanding manusia.

sekian~~~
wslm~~

Google+ Followers