Assalamualaikum,
 
Semalam 29 Disember 2014, pemuda Hizbut Tahrir Malaysia telah mengadakan kutipan derma untuk membantu mangsa banjir Pantai Timur. Aktiviti Qadha Masholihul Ummah ini dianjurkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.

Kutipan derma itu diadakan di stesen LRT Universiti dan alhamdulillah mendapat sambutan yang baik daripada orang-orang awam baik muslim atau non-muslim. Moga sumbangan mereka itu dapat meringankan beban mang-mangsa banjir.
 
Gambar-gambar sepanjang aktiviti kutipan derma di stesen LRT Universiti. 4 orang syabab Hizbut Tahrir Malaysia bersama-sama dalam mengadakan kutipan derma tersebut. Derma yang diterima akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur. Firman Allah s.w.t :
 
Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.

(Al-Baqarah 2:261)
 
Iskandar

30 Disember 2014
8 Rabiulawal 1436

Posted via Blogaway Pro

Post a Comment

Previous Post Next Post