Assalamualaikum,

Sepanjang saya berada di tanah suci Makkah, saya telah menyertai 2 rombongan ziarah yang diaturkan oleh muasasah Maktab 89. Tujuan daripada ziarah pertama untuk melihat beberapa tempat peristiwa penting yang telah berlaku sepanjang penyebaran Islam dan dakwah Rasulullah s.a.w dan sahabat di tanah suci ini.  Kita yang menyertai ziarah itu bukan sahaja merenung dari perspektif sejarah, tapi sebaliknya kita melihat dari perspektif yang lebih besar yakni politic struggle yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat dalam menyebarkan Islam kepada kaum kafir Quraisy ketika itu. Dari ziarah itu seterusnya, saya mula menilai sejauh mana usaha dan tindakan yang telah saya lakukan dalam dakwah Islam ? Apakah yang telah saya lakukan sepanjang hayat saya ini untuk Islam ? Berapa ramaikan orang yang telah saya berjaya tarik untuk memeluk Islam. Syurga Allah itu amat mahal sekali nilainya, adakah dengan amalan saya yang tidak seberapa ini, saya telah mengharapkan balasan syurga dari Allah s.w.t. 

Ziarah Makkah Al-Mukarramah

Dalam ziarah ini, kami melawat beberapa tempat penting di sekitar Makkah, dan diantaranya seperti senarai berikut;

1. Jabal Rahmah
2. Jabal Thur
3. Masjid Ja'ranah  (Miqat Makani)

Antara destinasi persinggahan dalam ziarah Makkah, berniat umrah di Miqat (Masjid Ja'ranah). Umrah sunat pertama yang dilakukan selepas yang pertama dilakukan dengan berniat di Qarnul Manazil.


Sebagaimana yang telah tertulis dalam sirah, Gua Tsur adalah tempat persembunyian Nabi junjungan kita Muhammad s.a.w bersama sahabatnya Abu Bakar As-Siddiq. Peristiwa terpenting ini berlaku saat bermulanya Hijrah Nabi Muhammad saw dari Kota Makkah ke Kota Madinah (nama asal Yathrib). Di situlah kita dapat perhatikan perjalanan Rasulullah s.a.w dalam menubuhkan sebuah negara Islam pertama di Madinah. Usaha terpenting yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w inilah yang menjadi teras Islam mula tersebar ke seluruh Jazirah Arab dan hari ini telah sampai hampir ke hampir seluruh pelosok dunia dari Barat ke Timur. 

Hijrah Rasulullah s.a.w ini bermula setelah termetarainya dua peristiwa baiat yakni Bai'at Aqabah I dan Bai'at Aqabah II. Peristiwa ini rententan usaha Rasulullah s.a.w melakukan Tholabun Nusrah di kalangan kabilah-kabilah di Tanah Arab yang ingin memberikan pertolongan dan kekuasaan kepada Islam seterusnya menubuhkan sebuah Daulah Islam. Berbalik kepada kisah Gua Tsur, masyallah sangat tinggi bagi kita untuk mendaki terutamanya dalam keadaan suhu di Tanah Haram ini yang boleh mencecah sehingga 40 darjah celcius. Betapa besarnya pergorbanan Muhammad s.a.w untuk Islam dan baginda bersama Abu Bakar berada di sana 3 hari ( Jumaat - Ahad ). Juga dimaklumkan, andai kami mahu naik ke puncak Gua Tsur itu, ia akan mengambil masa sekitar 2 1/2 jam.

Beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang  Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a di Gua Tsur;

1. Melecetnya kaki Rasulullah s.a.w dan baginda dikendong oleh Abu Bakar r.a
2. Abu Bakar r.a dahulu masuk ke dalam gua bagi memastikan tiada apa-apa bahaya kepada Rasulullah s.a.w
3. Kaki Abu Bakar r.a telah disengat oleh serengga berbisa di dalam lubang yang ditutupnya dengan tapak kaki  beliau  dan kesakitan sehingga menitiskan air mata, dan di ketahui Rasulullah s.a.w.
4. Labah-labah yang bersarang di pintu masuk gua ketika pihak Quraisy datang sehingga mereka terpedaya tiada sesiapa di dalam gua tersebut.

Di riwayatkan juga dalam sirah, Rasulullah s.a.w dan sahabat bergerak ke Madinah tidak menggunakan jalan biasa yang digunakan oleh pedagang-pedagang Arab. Saya di maklumkan perjalanan dari Kota Makkah ke Kota Madinah mengambil masa 8 jam menggunakan bas. Namun, cuba kita imaginasikan perjalanan Rasulullah s.a.w dari Kota Makkah dahulu yang hanya menggunakan unta dan seterusnya menggunakan jalan yang berbeza dan pastinya memakan masa yang lama. Allah...betapa besar pengorbanan Nabi kita untuk kita, betapa sayangnya baginda kepada Islam sehingga melakukan pengorbanan yang besar. Antara peristiwa-peristiwa penting sebelum berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat;

Awal Syawal tahun ke-10 Kenabian
Ta'if (10 batu dari Makkah ) -  Baginda berulang alik bersama pembantu Zaid Bin Harithah. Nabi berada di sana selama 10 hari, namun penghinaan dan tiada yang mahu menerim Islam.

Musim Haji tahun ke-10 Kenabian
Rasulullah s.a.w kembali ke Makkah dan berusaha untuk menyeru kepada Islam. Ramai dikalangan kabilah-kabilah Arab akan datang ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dalam bulan Dzulhijjah.

Musim Haji tahun ke-11 Kenabian
Nabi s.a.w telah didatangi oleh 6 orang pemuda dari Yathrib dan tertarik dengan ajakan Nabi Muhammad s.a.w untuk memeluk Islam dan memberi pertolongan kepada Islam.

Musim Haji tahun ke-12 Kenabian
Bai'at Aqabah pertama (621M)  berlaku dengan pertemuan Nabi Muhammad s.a.w bersama 12 orang dari Yathrib. Ini lanjutan dari pertemuan Aqabah pertama di Mina pada tahun ke-11 Kenabian. Kesemua 12 orang lelaki itu masuk Islam dan bai'ah kepada Nabi. Seterusnya Mus'ab Bin Umair dihantar bersama untuk mengajar penduduk Yathrib.

Musim Haji tahun ke-13 Kenabian
Seramai 70 orang lelaki dan 2 orang wanita datang ke kota Makkah untuk mengerjakan Haji pada tahun tersebut. Dan kali ini berlakunya Bai'ah Aqabah kedua (622M) yang isi yang lebih tegas berbanding isi bai'at Aqabah yang 1. Disitu juga dilantik 12 orang Naqib dari kalangan Khazraj dan Aus untuk memimpin kaum mereka.

(Kedua-dua bai'at berlaku di Aqabah)

Jelas dari sirah perjalanan aktiviti siayasi (Politik) Rasulullah di atas, ibadah Haji di zaman Rasulullah s.a.w itu bukanlah semata-mata ibadah ritual tetapi juga merangkumi politic struggle (Siyasi), dalam rangka Rasulullah saw untuk mendirikan sebuah Daulah Islam yang pertama di muka bumi Allah s.w.t ini. Penduduk Yathrib juga mengikhtiraf Rasulullah sebagai pemimpin mereka dan akan membela Rasulullah demi Islam. Malahan antara kata-kata baginda terhadap kaum Ansar adalah seperti dibawah;

Bahkan akan memerlukan (cucuran) darah dan kehancuran setelah kehancuran (perbandingan dan tindakan semacamnya) kalian dari Aku dan Aku dari kalian, dengan siapapun yang akan kalian perangi (akan) aku perangi dan dengan siapapun kalian berdamai dan berdampingan aku (pun akan) berdamai.

Penulis setelah siap berihram dan berniat umrah di Miqah Ja'ranah. Selepas dari persinggahan ini, kami akan bertolak masuk ke Tanah Haram semula dan untuk saya perlu menyempurnakan rukun umrah sebelum boleh berpakaian biasa.

Di harapkan buat teman-teman yang bakal melakukan menasik Haji, kita ambillah iktibar dari aktiviti politik yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sepanjang musim Haji dari tahun ke-10 sehingga ke-13 Kenabian baginda . Kini, kita umat Islam berpecah-belah di bawah pelbagai bendera mahupun panji, saling berperang di antara satu dengan yang lain.

Sebaliknya kita perlu memahami bahawa umat Islam itu wajib dipimpin oleh seorang pemimpin yakni KHALIFAH dan dinaungi dibawah satu negara yakni KHILAFAH ISLAMIYYAH. Moga disamping kita melakukan menasik haji ini, kita dapat menyelami struggle politic Rasulullah s.a.w dari tahun ke-10 Kenabian dalam merealisasikan sebuah negara Islam (Islamic State) yang pertama di Yathrib (Madinah).

***sampai di sini dahulu penulisan saya itu Edisi 1 Part 7- seandainya diberikan peluang dan masa oleh Allah swt, insyallah saya akan menyambung penulisan Edisi 2 di Hudaibiyyah.

Dari Makkah Al-Mukarramah


6 Hari Menuju Hari WUKUF.
Previous Post Next Post