Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Alhamdulillah kita kembali memasuki bulan ramadhan yang
mulia. Di bulan ini kita kembali diingatkan tentang pentingnya ketaqwaan, taqurrub illalloh,
dan Al Qur’an. Semua pesan penting itu bermuara pada penegakan syariah Islam dan Khilafah.

Saturday, August 16, 2008

Demonstrasi pelajar UiTM – bukti kerosakan sistem pendidikan sekular!

Dalam kekecohan Forum Memeluk Islam, satu lagi hal kecoh berlaku di sana sini berikutan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar membuka kuota penyertaan non-bumiputera dan asing ke pusat pengajian tinggi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pelbagai reaksi para pelajar yang menuntut di IPT tersebut dan juga pihak lain dalam menyentuh isu terbabit. Ketua pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, Khalid tidak patut mengeluarkan kenyataan yang berunsur menghasut apabila mencadangkan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

Dalam perkembangan yang berkaitan di Machang, beberapa kumpulan pelajar itu diketuai oleh para pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan persatuan-persatuan dalaman UiTM yang sebahagian besar memakai pakaian serba hitam melakukan perhimpunan memberi respons kepada isu berkenaan. Perhimpunan itu berakhir selepas Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kelantan, Shaik Aznan Md. Eusoff menyerahkan memorandum yang ditandatangani oleh mereka kepada Pengarah kampus tersebut, Prof. Datuk Dr. Hussin @ Mohamed Abd. Rahman seraya berkomentar, "Persoalannya, kenapa UiTM diganggu sedangkan di negara ini terdapat sebanyak 22 buah universiti kerajaan, 32 universiti swasta dan beratus institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terbuka kepada semua kaum".

Inilah manifestasi dari penerapan dasar diskriminasi perkauman yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kaum Melayu mempunyai hak-hak istimewa berbanding yang lain. Kesannya dapat dirasakan hingga sekarang. Kaum bukan Melayu mula bangkit menuntut hak hidup mereka sebagai warganegara. Mereka sentiasa mencari-cari jalan agar hak mereka dikembalikan termasuk menggunakan pentas politik. Kaum Melayu sekarang benar-benar tersepit dengan situasi yang mereka pilih sendiri, kerana berhukum dengan hukum sekular. Mereka sentiasa dihimpit dengan ketidakadilan yang mereka sendiri pilih untuk bertahkim, iaitu bertahkim dengan undang-undang kufur jahiliyyah, bertahkim dengan Perlembagaan Persekutuan yang dibuat oleh sikafir Lord Reid.

Memanglah Melayu sangat sinonim dengan Islam. Malangnya, kaum Melayu meninggalkan sebahagian besar ajaran Islam dalam kehidupan mereka. Sistem kehidupan kaum Melayu diselubungi dengan sekularisme, nasionalisme dan patriotisme yang datangnya dari Barat. Sudahnya, kaum Melayu lebih sayangkan Melayu dan memperjuangkan bangsa Melayu dari memperjuangkan Islam itu sendiri. Walaupun Islam tidak dilaksanakan, hukum Islam dipijak-pijak oleh pemerintah yang ada, namun kaum Melayu tidak bangkit untuk membela Islam dan membuang hukum kufur sekular yang keji ini. Namun, jika persoalan ‘bangsa Melayu’ sedikit sahaja di ungkit, maka kaum Melayu bangkit dan mempertahankannya habis-habisan.

Di dalam sebuah Negara Islam (Daulah Khilafah), polisi pendidikan yang diamalkan adalah bersifat adil untuk semua warganegara. Islam tidak sama sekali meletakkan kuota pendidikan berdasarkan kaum, warna kulit, ras mahupun agama. Bahkan setiap warganegara Daulah Islam (Khilafah) menikmati pendidikan secara menyeluruh dan percuma kerana pendidikan itu merupakan keperluan sekunder manusia. Bagi memenuhi keperluan tersebut, Khilafah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan prasarana dan fasiliti yang berkaitan pendidikan secara percuma kepada rakyatnya tanpa mengkelas-kelaskannya berdasarkan ‘bangsa’ atau sentimen perkauman atau bahkan agama sekalipun. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW dari Sulaiman bin Buraidah r.a,

"..dan beritahukanlah kepada mereka (orang-orang kafir) bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu (berhijrah menjadi warga Daulah Islam -pent), maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana yang dimiliki kaum muhajirin (warganegara Daulah Islam), dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin" [HR Muslim]

Apa yang penting di bawah polisi pendidikan Islam adalah, segala silabusnya mestilah sesuai dengan syarak. Tidak sebagaimana sekarang, silabus pendidikan yang ada mestilah sesuai sebagaimana yang dikehendaki oleh Barat dan pemerintah yang sekular. Dunia pendidikan kita masih berkiblatkan Barat di mana polisi pendidikannya memisahkan agama dari kehidupan (faslu deen anil hayah). ‘Islam’ hanya menjadi salah satu subjek yang dipelajari dan boleh dipilih untuk dibuang, jauh sekali dipelajari (Islam) untuk diterapkan.

Kedudukan orang-orang kafir yang berada di bawah naungan Daulah Khilafah disebut ahlu-dzimmah atau kafir dzimmi. Hak hidup bagi setiap ahlu-dzimmah adalah sama sepertimana hak-hak kaum Muslimin sesuai dengan tuntutan syarak. Dalam dunia pendidikan, hak kafir dzimmi tidak dinafikan atau dipencilkan seperti yang ada hari ini. Kewujudan diskriminasi kuota seperti yang termaktub dalam dasar pendidikan nasional sekarang amat menggusarkan kaum bukan Melayu (orang-orang kafir) di Malaysia. Padahal mereka juga adalah manusia yang memiliki hak seperti dinyatakan dalam hadis di atas. Tambahan lagi, oleh sebab sentimen perkauman yang tebal yang ada dalam polisi pendidikan negara, maka para pelajar bukan sahaja terbina dengan sifat perkauman Melayu yang tebal, malah secara tak langsung mereka membenci bangsa lain yang berbeza dengan bangsa mereka. Justeru, persoalan tentang hak-hak kafir dzimmi yang diterangkan dengan jelas oleh Rasulullah, langsung hilang dari benak orang Melayu.

Apa yang berlaku hari ini, menjadi bukti betapa rosaknya sistem pendidikan sekular yang telah mendarah daging di Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Sistem pendidikan yang rosak sudah tentulah melahirkan pelajar yang rosak. Sistem pendidikan yang assobiyyah sudah tentulah akan melahirkan pelajar yang bersifat assobiyyah, yang sayang kepada bangsa dan yang akan memperjuangkan bangsa. Manakala jika sistem pendidikan Islam diterapkan, sudah tentulah yang terlahir darinya adalah para pelajar yang bersyakhsiyah Islam, yang sayangkan Islam dan yang akan memperjuangkan Islam, tidak kiralah bangsa apa sekalipun dia. Justeru, demostrasi pelajar UiTM yang ingin mempertahankan hak Melayu beserta komen ahli-ahli politik kerajaan dalam isu ini membuktikan dengan jelas bahawa sistem pendidikan sekular yang ada sekarang, yang melahirkan pejuang 'bangsa', bukannya pejuang 'Islam,' sudah terbukti rosak dari akar umbi lagi hinggalah ke pucuknya.

Saiful Bukhari Bersumpah Mubahalah !!

Kata dikota, janji dilaksana. Begitulah apa yang dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi DS Anwar Ibrahim, Jumaat 15 Ogos 2008 sekitar jam 6.25 petang di dewan solat Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Beliau yang hadir bersama bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan disaksikan oleh imam masjid, Ramlang Porigi menyelesaikan upacara sumpah (pengakuan) dirinya diliwat oleh DS Anwar Ibrahim dengan menyebut. Berikut adalah lafaz sumpah Saiful,

“Bismillahir rahmanir rahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Sesungguhnya kes liwat Saiful dan Anwar ini ‘ganjil’ sejak mula lagi. Dengan sumpah yang baru dilakukan Saiful ini, bertambahlah kecelaruan pihak-pihak berwajib di dalam menyelesaikan masalah ini.

Di dalam Islam, kes liwat adalah termasuk di dalam kategori hudud. Di dalam kes hudud, Islam menggariskan cara-cara penyelesaian yang tertentu, bukan secara hentam keromo mengikut pendapat masing-masing. Kita mesti faham bahawa kes hudud adalah kes yang wajib dibicarakan di mahkamah, bukannya diputuskan di masjid. Persoalan sumpah laknat (mubahalah) langsung tidak timbul di sini. Ringkasnya, di dalam kes ini, Saiful menuduh Anwar meliwatnya, maka wajib bagi si Saiful membuktikannya di mahkamah dengan mendatangkan saksi. Beliau juga boleh bersumpah bahawa beliau diliwat sebagai salah satu bentuk kesaksian, tetapi bukan bersumpah mubahalah. Baik saksi mahupun sumpah, ia wajib dilakukan di mahkamah di hadapan qadhi, bukannya di masjid di hadapan imam solat dan beberapa orang pengawal.

Amat pelik hukum Islam yang dijalankan di Malaysia, kes hudud boleh diselesaikan dengan begitu sahaja di hadapan imam sebuah masjid. Beginikah caranya Rasulullah SAW menyelesaikan masalah liwat? Dan apa pula peranan mahkamah syariah yang wujud di sekeliling kita ketika ini? Si Saiful bersumpah di masjid manakala Anwar Ibrahim pula di dakwa di mahkamah sivil. Masya Allah!.

Apakah yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap Saiful selepas ini, walhal Saiful adalah orang yang membuat dakwaan dan sewajibnya dia membuktikan dakwaannya. Apakah cukup bagi kerajaan dan bagi Saiful sendiri hanya sekadar berdiam diri, menanti 'reaksi' Allah terhadap Saiful, apakah terdapat laknat Allah atau tidak?

Kita perlu faham bahawa sumpah Mohd Saiful mengandungi dua unsur;

1. Pengakuan yang dia diliwat,

2. Tuduhan bahawa Anwar meliwatnya.

Bagi ‘pengakuan’ yang telah dilakukan (diliwat), maka hal ini wajib ditanya oleh qadhi, sama ada liwat tersebut berbentuk paksaan atau sukarela? Jika dipaksa, perlu diperhalusi lagi, apakah paksaan itu ‘bersangatan’ (ikrahul mulji’) yang boleh membawa kematian atau kecederaan berat, atau sekadar paksaan yang tidak memudaratkan? Qadhi perlu memeriksa perkara ini agar perlakuan liwat tadi boleh ditentukan statusnya, sama ada termasuk ke dalam perkara penganiayaan (jika ikrahul mulji’) atau kemaksiatan (jika dilakukan secara sukarela, atau paksaan yang tidak memudharatkan).

Jika ia termasuk ke dalam penganiayaan dan dapat dibuktikan, maka Anwar Ibrahim wajib dipanggil untuk membela diri. Namun sebaliknya, jika perlakuan liwat itu berupa kemaksiatan, dengan sukarela atau tanpa paksaan yang bersangatan, maka Mohd Saiful wajib dijatuhi hukuman bunuh, sebagaimana tuntutan sabda Rasulullah SAW,

“Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Luth (yakni liwat), maka bunuhlah keduanya” [HR Imam lima kecuali An-Nasa'ie]

Manakala bagi hal ‘tuduhan’ pula, Mohd Saiful mesti membawa 2 saksi sebagai bayyinat (pembuktian) yang sah di sisi syarak untuk membuktikan dia diliwat. Dalam hal ini, dia mesti mendatangkan dua orang saksi, atau dia boleh bersumpah (bukan mubahalah) sebagai salah satu kesaksian, dan dia mesti datangkan seorang lagi saksi (lihat Syeikh Ahmad Daur dalam kitabnya Ahkamul Bayyinat fil Islam). Jika dia gagal, maka layaknya Mohd Saiful dikenakan pula hukuman kerana menuduh orang tanpa bayyinat dan selepas itu (selepas dia dihukum) kes ditutup. Jika dia berjaya buktikan kesnya, maka Anwar Ibrahim mesti dipanggil untuk menyatakan pembelaannya. Wajib bagi qadhi mendengar hujah dan pembuktian dari kedua-dua pihak, sebelum memutuskan hukuman.

Demikianlah secebis dari sistem keadilan Islam dalam menyelesaikan permasalahan manusia, khususnya di dalam kes liwat. Amat menyedihkan apabila hukum Islam ini telah diganti dengan hukum sekular, yang mana kesudahannya kes liwat di selesaikan bukan dengan cara yang Islami. Amat menyedihkan juga, apabila golongan agamawan cuba menyelesaikan masalah ini dengan Islam, tetapi telah mengambil jalan yang jauh terkeliru dari yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW. Semoga dengan berdirinya Daulah Khilafah sedikit masa lagi, segala hukum uqubat dan bayyinat Islam akan di terapkan oleh Khalifah dengan seadilnya ke atas manusia. Insya Allah.

Tuesday, August 12, 2008

Usia yg pendek perlu di manfaatkan.



Alhamdullah ana terbaca keratan akhbar ttg Ahmad Mahmud yg telah terlantar di Hospital. Mungkin ada dikalangan pembaca yg tidak mengenali beliau,tetapi pembaca mesti tahu filem PRamlee..Oh Kassimmmm..yg menceritakan ttg ibu mertua yang begitu kejam kepada anak menantu yang hanya seorang seniman.

Filem tersebut lebih menjelaskan ttg sosial hidup masyarakat yang kerap memandang rendah terhadap golongan seniman/seniwati. Beginilah kehidupan kita di muka bumi Allah yg sementara ini, pejam celik umur kita semakin hari semakin tua.

Pejam celik kita sudah menghampiri bulan yang penuh keberkatan yakni Ramadhan Al-Mubarak. BUlan yang mendapat keberkatan daripada Allah swt, ayuhlah kita sama-sama memanfaatkan bulan tersebut bagi meraih sebanyak mungkin keredhaan Allah swt. Tiada lain tujuan kita di muka bumi ini semata-mata untuk menyembahnya dan melaksanakan segala tuntutan-Nya. Dia yang Maha pemurah dan Maha pengasih tidak pernah lupa kepada kita tetapi hanya kita yang kerap kali mencuaikan perintah Allah.

Di bulan yang penuh berkat, sama2 lah kita memuhasabahkan diri untuk lebih baik berbanding tahun-tahun yang sebelum ini. Dan berdoalah agar kita berjaya untuk mengharungi Ramadhan pada tahun ini...Ameen...

Sunday, August 10, 2008

Forum henti awal_ It comes bias when the organizer is Muslim.

It always like that,whenever the program is favor by the government surely it will be protected like hell by the authority. By when it comes Muslim organized it, a lot of trouble will be create by the authority,even 1 months before the program...huh..this all about the ideology their obey which is capitalism. The main objective for them is to stop Islam form growing strong and be implemented as system of life. Therefore all the events that take other that Islam ideology as their principle, surely easily licensed the permit.

We as a Ummah has to think differently what really happen right now. As example why the government allow it? why not all Muslim in this country bother to the program? why can't the institution used to stop it? all these question should be answer with the clear knowledge and be able to figure it based on Al-Quran and As-Sunnah.

Government allows it??

  • it not obvious the government or the authority allow it,as we watch it the television,radio, paper,all the higher level person said they (the council bar members) advisable should not proceed with the program. I repeat again,they advisable should not proceed,it doesn't meant authority will stop it but just advise them.
  • 2nd point, how this forum will effected the government,and how it would effected the multi races ethnic in this country. If their defend Islam, and said Islam strongly forbidden the Muslim to convert to other religion and will hudud them if not returned to Islam. The popularity of the authority will be decreased and the sentiment will be used by other parties by saying that gov is anti-races,then it will be worse for the authority.
Why not all umat Islam in this country bother with this forum??

  • The population of Islam around 60.4% of 27,496,000 ......so the total of umat Islam is 16,607,584 as I estimated from the figure given in the Wikipedia.com, it may have some changes or updates. Where all the 16M umat Islam in Malaysia, only 5000k is reported joining the protester in front of the forum being held. 5000k is not event reach quarter of umat Islam in this country, but people will counter me by said, it was a total of teenager, youngster and old man, thus not all of these generation be able to join that protester.
  • You all right, the action that have be taken by the NGO total good and I'm personally will support it. But the same time, we have to spread Islam ideology to the ummah who do not attend that activity. We have to spread Islam ideology to ummah, by reveal to them the true of Islam. Counter the Western Ideology by telling them the true about it, because a lot of ummah right now confuse with Islam.
  • The true about Freedom of Speech,Freedom of Ownership, Freedom of religion, Freedom of individual (act). All sort of ideas are totally rubbish, Western only want to make us (ummah) being manipulate by them, thus the only way they can control us is using ideas that we accepted in our daily life.
Why can't the institution used to stop it?


  • we may find the answer by surfing to wikipedia.com, as cited there, Malaya has been endorsed it independence by United Kingdom (British). If we are able to know the exact story behind Malaya, how she get her freedom, you will know how tricky it is.I put some video for all surfers.
video

Last but not least, i totally support to the people who cares about Islam by attended the protest. Your willingness and effortless to support Islam will be berkat by Allah swt, and Insyallah one day Islam will rise again like Daulah Islamiyyah in Medina during Rasullah Saw time. In not possible if all ummah Islam work hard to spread Islam ideology and as much as they can to promote (dakwah) Islam to as many contact they can.

Insyallah one day KHILAFAH will rise...Ameeeeeeennn..allahuakbar !!

Thursday, August 7, 2008

Seruan Sempena 28 Rejab...Kejatuhan Daulah Khilafah.

Apakah signifikasinya kepada Umat Islam di Malaysia.

Setelah Rejab berlalu pergi pastinya meninggalkan di antara bulan Islam yang memberi impak yang sangat besar kepada seluruh umat Islam. Ini kerana dalam bulan Rejab daulah Khilafah Islamiyyah telah berjaya dijatuhkan oleh kerajaan Barat yakni British,disinilah kemuncah kehancuran institusi Islam yang mengatur seluruh umat Islam dengan pengaturan peraturan Islam,dan diketuai oleh Mustapha Kamal Attartuk dan siap yang tidak mengenalinya yang telah digelar Bapa Kemodenan Turki, " Father of the Turks".

Sehingga kini,sebahagian dari umat Islam di Malaysia sekadar memahami Turki itu sebagai permasalahan mereka sebagaimana di tanah Melayu yang menyambut kemerdekaan daripada kerajaan British. Perlu kita fahami disini,kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat di Turki tersebut bukan bebas daripada cengkaman pihak Barat atau kaum kuffur. Sebaliknya kemerdekaan yang dikecapi mereka adalah kemerdekaan yang merupakakan pembebasan diri mereka daripada pemerintahan dibawah Naugan Islam. Inilah yang berjya dilakukan oleh Mustafa Kamal Attartuk yang memerdekakan dari Islam dan menukar kepada Turki.

Sewajibnya kita mengetahui sejarahnya bukan hanya yang dicoretkan didalam buku sejarah sebaliknya mengkaji dengan lebih mendalam setiap detik peristiwa yang berlaku dan tidak hanya meniliti dalam kaca mata yang sempit. Sebaliknya melihat dalam kontek yang lebih luas yang memberi kita kefahaman yang jelas akan setiap detik yang berlaku.

Jangan mudah untuk menyamakan peristiwa tertentu semudah itu. Kemerdekaan Malaysia dikatakan bebar dari penjajah?Benarkah demikian? Adakah kita bebas sepenuhnya..sebenarnya tidak,kita masih lagi dibelenggu dengan pelbagai perundangan yang telah dibuat oleh pihak penjajah untuk kita sehinggakan kita tidak mampu untuk mengatur mengikut undang-undang dari Allah swt.

Sesungguhnya seruan yang telah dilakukan oleh Hizbut Tahrir utk mengajak seluruh umat Islam untuk berusahah bersama-sama untuk mengembalikan institusi Khilafah yang akan mengatur umat Islam dengan peraturan Islam. Penghinaan dan penindasan yang dirasai oleh segenap umat Islam hari ini kerana kita tidak melaksanakan Islam sebagai pengatur utama kehidupan kita. Sebaliknya kita diaturkan dengan peraturan bukan Islam.inilah natijah yang terus melanda umat ISlam.

Marilah bersama2 mengembalikan Khilafah.Ameen

Saturday, August 2, 2008

Gerakan mempromosi Pemerintahan Islam sedunia berarak di Gaza

Group promoting worldwide Islamic rule marches in Gaza
By The Associated Press


Syabab-syabab Hizb ut-Tahrir (Parti Pembebasan) mengadakan perarakan di sepanjang Gaza untuk pertama kalinya semalam untuk menyeru umat Islam mengembalikan negara Islam sedunia yakni KHILAFAH,seramai 3000 mengibarkan raya' sambil menyahut slogan.

Hizb ut-Tahrir berusaha untuk mendirikan Khilafah yang akan memerintah negara dengan perlaksanaan undang-undang Islam. Gerakan ini telah di ban di beberapa negara seperti Russia,Jerman dan sebilangan negara Arab. Gerakan menyatakan mereka bergerak secara intelektual dan menentang keganasan.


Gerakan ini telah diharamkan di West Bank, seramai 20 orang ahlinya telah di tahan di Hebron. Ahli-ahli Hizbut Tahrir menentang Gerakan Islam Hamas yang memerintah Gaza.



Hizb ut-Tahrir telah di tubuhkan pada tahun 1952 di Jerusalem oleh Hakim Shariah Sheikh Taqiyuddin An-Nabhani dari kampung Ijzim, berdekatan Haifa. Objektif gerakan ini adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiyyah yang akan menegakkan perlaksanaan satu undang-undang Islam untuk umat Islam sedunia dan membawa kepada satu pemerintahan Islam. Khilafah, adalah negara yang telah diusahakan setelah kejatuhan Khilafah Uthamaniyyah oleh bapa pengasas Turki, Kamal Ataturk pada 1924.

Semenjak suku abad kewujudannya, Hizb ut-Tahrir telah menyebarkan penguasaannya kepada hampir 45 negara. Gerakan ini begitu aktif di wilayah Indonesia dan Uzbekistan dan telah menyusul masuk dikalangan rakyat Pakistan yang berada di United Kingdom. Setiap cawangannya tidak mengamalkan keganasan atau pemberontak sebaliknya mendidik dan memberi semangat.



17 arrested after clashes with Palestine forces

17 arrested after clashes with Palestine forces

8/1/2008 1:27:33 PM

Protesters from Hizb ut-Tahrir, an Islamist group, protesting to establish a pan-national Muslim state

Islamic protesters clash with police forces in the West Bank as their loyalists demonstrate in Gaza.
Protesters from Hizb ut-Tahrir, an Islamist group whose goal is to establish a pan-national Muslim state that includes the Palestinian territories and Israel, clash with Palestinian security forces in the West Bank while loyalists of the group hold a simultaneous protest in Gaza.

Palestinian police scuffled with Islamic protesters in the West Bank city of Jenin on Thursday (July 31) during a religious demonstration calling for Islamic rule in the occupied West Bank. Forces loyal to Palestinian President Mahmoud Abbas, armed with batons and shields, arrested 17 supporters of Hizb ut-Tahrir, an Islamist group whose goal is to establish a pan-national Muslim state that includes the Palestinian territories and Israel.

A Palestinian security officer said the arrests were made during an "illegal demonstration" by the group, adding that the men would be questioned and possibly charged. "As security forces and Executive Forces, we carried out instructions given to us not to permit the Hizb (Hizb ut-Tahrir) to carry out this activity (demonstration). These instructions clearly indicated no force should be used," Soliman Imran Abu Hadeed, Palestinian Police Chief In the district of Jenin, told Reuters Television.

"This operation resulted in the detention of 17 protesters. The 17 people we detained will be questioned according to the rule of law and they will be transferred to the Attorney General's office, which will make the final decision, whether they will be transferred to court or maybe they will be satisfied with their statements and release them,'' Abu Hadeed added.

Meanwhile, in the Hamas-ruled Gaza Strip, scores of supporters of the emerging group, Hizb Ut-Tahrir, took to the streets chanting religious slogans as a show of solidarity to the West Bank protests. Hizb Ut-Tahrir, or The Islamic Liberation Party, calls for a return to the rule of the caliphate - Islamic rule instilled after Prophet Mohammed's death. They conduct political activities, which they designate as a religious duty to work towards this goal.

The Islamic movement says they have thousands of members in the West Bank and Gaza and smaller chapters in different countries, including Europe. The group is critical of Islamic movements which have adopted forms of democracy through recognition or participation, such as the Islamic Brotherhood in Egypt, or the Hamas movement in Gaza and the West Bank.

Thursday's demonstrators were denied a permit to hold a protest in many West Bank towns, with officials citing the political environment as an excuse to deny them a permit. Hizb Ut-Tahrir has called for more protests in the West Bank with one planned in Bethlehem later on Thursday (July 31) and another planned in Hebron, the largest district in the West Bank, on Saturday (August 2).

Google+ Followers