Assalamualaikum,
Kini masuk siri Pejalan Haji Part 18, insyallah disini saya ingin berkongsi pengalaman saya melakukan ziarah luar di sekitar kota Madinah Al-Munawarah. Hari sebelumnya kami telah melakukan ziarah dalam masjid Nabawi yang mana kami menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w, makam sahabat dan ziarah perkuburan Baqi. Kami jua berkesempatan melihat tempat yang dinamai sebagai Rawdhah ( Taman Syurga) .
Untuk hari ziarah luar ini, kami akan dibawa ke beberapa tempat yang menjadi sirah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Tempat-tempat yang akan kami lawati adalah Masjid Quba, Masjid Dua Kiblat, Bukit Uhud, Khandak dan juga Pasar Kurma. Destinasi kami adalah Masjid Quba, fadhilat di Masjid ini adalah melakukan solat 2 rakaat mendapat pahala seperti melakukan ibadah umrah. Sebagaimana hadis Nabi s.a.w ;
Sabda Nabi lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.
Ziarah kami hari ini di bawa oleh Saudara Akhil yang merupakan pelajar universiti Madinah. Beliau sudah berada di tahun akhir dan berasal dari Johor. Alhamdulillah penerangan beliau amat terperinci dan mendalam serta ada elemen tazkirah buat kami semua jemaah Haji dari KT-37. Beliau serba sedikit berkongsi sirah berkenaan Masjid Quba dan sunnah Rasullah yang datang ke masjid tersebut pada setiap hari Isnin dan Khamis. Dan dengan izin Allah kami menziarahi Masjid tersebut pada hari Khamis sebagaimana sunnah.
Sampai sahaja di masjid tersebut, kami bergerak dalam satu rombongan menuju pintu masuknya. Memang agak ramai jemaah-jemaah lain dari Indonesia, Pakistan dan Bangladesh yang telah sampai. Memandangkan saya telah siap-siap berwuduk maka masuk ke dewan solat Quba dan menunaikan solat Tahiyatul Masjid dan Solat Dhuha. Selepas seleasai sempat mengambil beberapa foto menarik reka bentuk masjid Quba dan seterusnya bergerak kembali ke bas kami.
Alhamdulillah selesai menziarahi Masjid yang dibina oleh Rasullah dan para sahabat. Seterusnya kami bergerak ke Jabal Uhud, dimana tempat berlakunya perang Uhud di antara umat Islam Madinah dan Pihak Quraisy. Peperangan ini juga menyaksikan ramai dari kalangan sahabat yang mati syahid. Di kawasan ini juga terdapatnya makam syuhada Uhud. Kami juga melihat dan diterangkan tentang bukit Kawin, dimana Rasulullah telah menempatkan para pemanah umat Islam dan merupakan antara strategi peperangan Rasulullah dalam perang Uhud.
Peperangan Uhud (Jabal Uhud)
Pemandangan Jabal Uhud. Besarnya pahala yang dikurniakan Allah kepada mereka yang menunaikan solat Jenazah.
Selain itu, antara intipatinya juga bagi melihat kebesaran Allah mencipta bukit Uhud ini, digambarkan akan pahala menunaikan solat Jenazah. Dimana diterangkan oleh baginda Nabi s.a.w bahawa menunaikan solat jenazah akan mendapat 1 Qirat dan mengiringi jenazah akan mendapat 2 Qirat. 1 Qirat pahala bersama besar bukit Uhud. Betapa besarnya fadhilat solat jenazah dan pahala yang dikurnia Allah, Allahuakbar! Moga kita kerap sama-sama menunaikan solat Jenazah yang mendapat fadhilat besar dari Allah s.w.t.
Inilah antara gambaran perjuangan Nabi s.a.w dan para sahabat. Mereka sanggup berjuang kerana Allah s.w.t dan untuk menyebar dan mempertahankan Islam. Peperangan Uhud juga menyaksikan ramai di kalangan sahabat yang mati syahid. Rasullah juga cedera dalam peperangan ini dan di pertahankan dan dilindungi oleh para sahabat baginda. Di kongsikan juga oleh Ust Akil, selepas mendapat serangan dari pihak Quraisy itu, Nabi dan beberapa sahabat berlindung di sebuah gua di Jabal Uhud. Kami tidak berkesempatan ke gua tersebut memandangkan jalan yang kecil dan kesuntukan masa.
Kebun Kurma
Selepas menziarahi Jabal Uhud, kami bergerak ke destinasi seterusnya yakni Kebun Kurma dimana disini dijual pelbagai produk berasaskan kurma. Selain itu terdapat juga produk coklat-coklat yang dijual di sini. Dalam menuju ke Kebun Kurma ini kami melintasi Masjid dua Kiblat ( Qiblatain) namun kami tidak singgah di masjid tersebut sebaliknya hanya lalu sahaja.
Begitulah aktiviti ziarah luar kami yang di anjurkan oleh pihak Tabung Haji buat jemaah-jemaah Haji yang berada di Madinah. Kami dibawa melawat tempat-tempat bersejarah dalam Islam, memberi gambaran tentang perjuangan Nabi s.a.w dan juga para sahabat. Moga kami akan mencontohi Nabi dan sahabat baginda yang luar biasa iman dan ketakwaan mereka.
Jalan menuju pulang kami melalui bekas kawasan Khandak (Parit) yang di bina oleh sahabat baginda dalam menghadapi Perang Khandak. Parit tersebut kini adalah jalan utama di Madinah. Idea parit itu di inspirasikan oleh Salman Al-Farisi.
Sekian,
www.iskandar581.blogspot.com
Pejalan Haji Part 1-Penerbangan dan Ketibaan di Tanah Haram
Pejalan Haji Part 2-Niat Umrah dan Ketibaan di Hotel Land Premium.
Pejalan Haji Part 3-Pengalaman Umrah Pertama Yang Mengujakan (Tawaf dan Saie)
Pejalan Haji Part 4-Imam Masjidil Haram 2014 dan Saf Hadapan
Pejalan Haji Part 5-Kisah Sepatu dah Hajarul Aswad (Batu Hitam)
Pejalan Haji Part 6-Perkakasan Elektrik dan Dobi
Pejalan Haji Part 7-Kisah Ziarah Makkah dan Hudaibiyyah Edisi 1
Pejalan Haji Part 8- Perihal Jumaat 1435H dan Haji
Pejalan Haji Part 9- Kisah Ziarah Makkah dan Hudaibiyyah Edisi 2
Pejalan Haji Part 10- Hari Yang Dinanti Sudah Tiba!
Pejalan Haji Part 11- Kisah Wukufku di Arafah
Pejalan Haji Part 12- Kisah bermabit di Muzdalifah
Pejalan Haji Part 13 - Kisah Bermabit di Mina dan melontar jamrah Edisi 1
Pejalan Haji Part 14- Kisah bermabit di Mina dan melontar jamrah Edisi 2
Pejalan Haji Part 15- Kisah bermabit di Mina dan Melontar Jamrah Edisi 3
Pejalan Haji 16- Kisah Tawaf Wada dan Musafir Ke Madinah
Pejalan Haji 16- Kisah Tawaf Wada dan Musafir Ke Madinah
Pejalan Haji Part 17- Ziarah dalam Al-Masjid Al-Nabawi dan Perkuburan Baqi'.
Anda mungkin juga berminat untuk membaca siri-siri lain Pejalan Haji seperti dibawah;

30 October 2014 bersamaan 6 Muharram 1436H.